Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Stong Geopark Kebangsaan
17 November 2022
Sekitar Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Stong Geopark Kebangsaan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli kepada YAB Menteri Besar Kelantan.

Stong Geopark telah menerima pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan selepas diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Geopark yang bersidang pada 14 November 2022 dan berkuatkuasa bagi tempoh empat tahun sehingga 13 November 2026.

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli telah menyampaikan Sijil Pengiktirafan Stong Geopark sebagai Geopark Kebangsaan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan dalam sebuah majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Majlis ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang telah mengembleng usaha dan tenaga dalam menjayakan Aspirasi Stong Geopark sehingga mendapat pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan.

Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 250 orang tetamu yang terdiri daripada Exco- Exco Kerajaan, Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan, Ketua-Ketua Jajahan, Yang Dipertua/ Setiausaha Majlis Perbandaran/ Bandaran; Ketua-ketua Jabatan/ Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Jawatankuasa Stong Geopark, Institusi Pengajian Tinggi Awam, pemimpin tempatan, serta wakil komuniti dan jurupandu.




Attachments